So, hari ni I nak share something pasal buku terbaru karangan saudara Hilal Asyraf yang bertajuk Untuk Kita Pendosa Harapan Masih Ada.
I bought this book during the pre order and exclusively signed by the author himself, Hilal Asyraf!!! And not to forget, I also bought Sebelum Aku Bernikah. But I will not talk about it here, in future insyaAllah.
Kita selagi bernama manusia, takkan pernah terlepas dari melakukan dosa. Cuma yang membezakan kita adalah, adakah kita akan terus menerus membiarkan diri bergelumang dan terjerumus dalam lembah dosa tersebut??? Ataupun, kita sedar dan bangkit dari dosa-dosa tersebut, meninggalkannya dan berusaha mencari redha Allah s.w.t serta kembali ke jalan Nya?? Itu adalah pilihan yang tersedia buat kita. Jadi, terpulang samada mahu memilih untuk kekal dalam dosa atau mahu kembali kepada Nya.
Seperti yang dikatakan oleh penulis, "Dosa adalah ujian. Mahu pulang ataupun terus dilalaikan."Malah, ketika melihat front cover buku ini, hati merasakan bahawa peluang masih dan sentiasa terbuka luas untuk kembali ke jalan Nya.
"Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." Az-Zumar, ayat 53.
Apa yang cuba disampaikan oleh penulis ini ialah, semua kita adalah pendosa selagi mana kita ini bernama manusia. Beliau memujuk kita dan memberi harapan bahawa sentiasa ada jalan, ruang dan peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Beliau mengupas banyak perkara didalam buku ini, antaranya adalah tentang dosa, muhasabah diri, peluang-peluang serta ruang yang ada untuk memperbaiki diri, kesan-kesan dosa kepada hati, fizikal dan mental, apa yang membuatkan kita terjerumus kepada dosa, cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi buat yang mahu berubah, bagaimana untuk berubah, memotivasikan diri serta menyatakan betapa besar dan luasnya rahmat, pengampunan serta kasih sayang Allah buat hamba-hamba Nya.
Seperti yang beliau nyatakan, ini adalah satu permulaan untuk mereka yang mahu kembali kepangkuan Allah s.w.t. Berdasarkan beberapa pengalaman membaca buku-buku motivasi, I sangat suka cara penulisan beliau untuk buku ini. Setiap bab dihuraikan dengan ringkas, padat, dengan contoh-contoh yang universal merangkumi semua aspek kehidupan, disertakan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadith-hadith bagi menyokong point-point yang disampaikan. Tidak seperti kebanyakan buku yang mana satu bab meliputi sehingga lebih 10 muka surat, dalam buku ini, in average, one chapter 4-5 pages only. Caranya juga bersahaja tapi terasa kesannya buat jiwa. Well, perhaps different people has different opinion about this.
I definitely suggest everyone who would like to get back on the right track but don't know how and where to start, to get a copy of this book. You can get it on the major bookstore such as MPH or you get it online from LangitIlahi Store for only RM18.00.
May our good intention to become someone better being blessed by Allah s.w.t.
Till then, wassalam.
XOXO...
No comments:
Post a Comment